PENERBIT dan pengarah Erma Fatima tampil menjelaskan pendiriannya selepas timbul dakwaan bahawa salah seorang pelakon menerusi drama terbaharunya berjudul Pondan Itu terlibat dalam penjualan video seks.
Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, berkata, dia tidak mengetahui hal berkaitan video seks itu kerana bukanlah seorang pengikut bahan porno.
Kata Erma, dia enggan mempercayai sebarang tuduhan tanpa bukti yang sah dan menasihatkan netizen agar tidak melemparkan fitnah kepada orang lain.
Hariz (kanan) turut membintangi drama Pondan Itu.
"Mengenai tuduhan yang mengatakan pelakon saya itu ada menjual video seks, wallahualam sebab saya tak tengok. Saya bukan pengikut video seks maka saya tak tahu pun.
"Kalau ya pun, saya tidak mahu mengambil itu sebagai satu kebenaran. Biarlah ada bukti yang jelas barulah saya akan percaya perkara itu.
"Sebelum saya ambil dia berlakon, saya memang tak terfikir tentang perkara itu dan saya harap ia bukan satu fitnah. Jangan jadikan apa yang dikongsikan itu (trailer) wakaf dosa korang (netizen) untuk membuat fitnah tentang orang tak sepatutnya," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak tahu ke pondan itu ada akaun dark side jual dan promosi video berjimak dengan jantan” - Netizen persoal tindakan Erma Fatima ambil mak nyah berlakon
ARTIKEL BERKAITAN: Isu dalam kain bukan perkongsian media sosial, Erma Fatima bimbang berlaku ‘kenduri kecaman’… Tak nafi wujud mak ayah lebih sudu daripada kuah
Mengulas lanjut berhubung kritikan netizen terhadap golongan transgender dalam drama tersebut, Erma memberitahu dia sudah muak dengan kecaman yang dianggap klise setiap kali berkongsi iklan acah (teaser) drama terbitannya di media sosial.
Tegas Erma, netizen tidak seharusnya membuat penghakiman hanya berdasarkan potongan video berdurasi kurang 15 saat untuk menghentam drama terbaharunya itu.
"Sama ada dia (lelaki) pondan atau gay, mereka adalah dalam kalangan bangsa saya dan beragama Islam. Jadi di dalam drama ini, sudah-sudahlah netizen yang hanya tengok satu trailer tak sampai 15 saat mereka dah menghakimi keseluruhan cerita.
Mengenai tuduhan yang mengatakan pelakon saya itu ada menjual video seks, wallahualam sebab saya tak tengok.
ERMA FATIMA
PENERBIT & PENGARAH
"Dah klise sangat kecaman macam ini, paten yang sama dan saya dah menyampah dengan kecaman itu. Saya tidak peduli apa orang nak cakap yang penting saya tahu apa mesej nak disampaikan.
"Drama saya bukan tempat untuk menghukum manusia sesiapa pun di dalam drama itu (Pondan Itu). Ini bukan satu hukuman, saya tak nak ambil kerja Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, Erma turut menegaskan drama berkenaan bukan sebuah karya yang mengandungi babak panas, malah tetap menjaga batas walaupun ditayangkan menerusi aplikasi Karya Reels yang tidak tertakluk kepada Lembaga Penapis Filem (LPF).
"Apa saya cuba sampaikan adalah mesej yang saya rasa perlu untuk beritahu di luar sana sama ada mereka boleh terima atau tidak isu tabu yang saya petik itu, itulah masalah yang berleluasa di luar sana.
"Ini adalah tanggungjawab saya sebagai pengkarya untuk mengingatkan diri sendiri, keluarga, saudara mara, sahabat dan juga masyarakat di luar sana. Jadi netizen boleh cakap apa saja saya tidak kisah," katanya.
Antara kecaman diterima di media sosial.
Sebelum ini, Erma didakwa menampilkan pelakon dalam golongan lelaki transgender membintangi drama terbaharunya berjudul Pondan Itu.
Ramai netizen tampil memberikan kritikan terhadap tindakan Erma yang mengambil pelakon dipercayai pondan selain didakwa mempunyai perilaku sumbang termasuk menjual video seks dengan lelaki di aplikasi media sosial.
Untuk info, drama Pondan Itu akan ditayangkan tidak lama lagi dan dibintangi barisan pelakon seperti Hariz Hamdan dan Datuk Tarmimi Siregar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube