PENYANYI dan pelakon Amira Othman tidak melihat status ibu tiri sebagai sesuatu yang membebankan, sebaliknya menganggap ia sebagai lumrah hidup berumah tangga.
Amira, 32, berkata, dia sudah bersedia menerima segala keadaan selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor popular, Fattah Amin yang memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
“Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima.
“Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima.
Amira akan
“Bagi saya tidak ada masalah sebab itu adalah lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik saja,” katanya kepada mStar.
Amira ditemui media usai majlis pernikahannya yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Sepang, Selangor pada malam Ahad.
Mengulas mengenai fasa baharu selepas bergelar isteri, Amira mengakui tanggungjawab yang dipikul bukan mudah namun percaya ia akan berjalan lancar dengan izin Allah.
“Ia satu fasa baharu yang saya percaya dilalui oleh semua orang. Kalau tanya bersedia atau tidak, saya sendiri pun tiada jawapan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berbaki beberapa jam sebelum bergelar isteri Fattah Amin, alunan merdu bacaan al-Quran Amira Othman curi perhatian
“Tapi apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik,” ujarnya.
Terdahulu Fattah selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada malam Ahad.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar pasangan suami isteri tepat pada pukul 9.08 malam.
Pasangan itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.
Lebih istimewa, majlis pernikahan pasangan itu yang dinamakan Setulus Takdir: Fattah Amira turut bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi secara percuma.
Mulai 19 September ini, setiap Jumaat jam 9.00 malam, peminat boleh menyaksikan program Setulus Takdir: Fattah Amira yang memaparkan perjalanan baharu pasangan ini sebagai suami isteri.
Eksklusif di saluran Inspirasi, Unifi TV, program ini akan menayangkan momen akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi.
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube