suria

[V] Kes CEO Batu: Pablo tampil bersuara dakwaan mangsa amang seksual merupakan anak kandungnya

PELAKON Pablo Amirul tampil bersuara mengenai status seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang didakwa menjadi mangsa amang seksual bukan fizikal pempengaruh media sosial, CEO Batu ialah anak kandungnya.

Ini susulan tular video di TikTok yang memperlihatkan pelakon itu pernah membuat panggilan video dan menasihati agar remaja itu fokus kepada pelajaran serta tidak menjalin hubungan cinta kerana masih bersekolah.

Lebih mencuri perhatian apabila remaja berkenaan memanggil Pablo dengan panggilan papa.

Tenang menghadapi tuduhan itu, Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, menegaskan isu tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pablo menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Pablo menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

"Macam mana awak boleh yakin dia adalah anak saya. Saya tidak mengiyakan atau menafikan. Saya sangat mengenali mereka dengan baik, saya kenal ibunya dan anak perempuan itu. Itu mungkin anggapan dia pada saya.

"Kalau saya dah kahwin, tak susah pun orang nak tahu saya sudah berkahwin atau ada anak. Buat semakan menggunakan nama saya pasti keluar. Tetapi di sini ada benda yang perlu saya jaga. Sensitiviti dan menghormati seseorang.

"Biarlah kami saja yang tahu lagipun kes ini masih lagi disiasat. Tiada gunanya kalau saya beri sebarang kenyataan," katanya kepada mStar.

Pablo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Polis Evo Wonda-Ful 10 Years yang diadakan di TGV KLCC pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal isteri tak pandai masak bukan masalah, Pablo Amirul tetap sayang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pandai jaga tutur kata meski berwajah ganas, Black Hanifah terkejut CEO Batu terlibat kes amang seksual

Menurut Pablo, dia tidak terkesan dengan dakwaan dibuat sebaliknya mengakui mengikuti perkembangan kes tersebut.

Kata Pablo, dia tidak boleh memberi sebarang komen lanjut dan menyerahkan perkara itu untuk diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab.

"Kalau terganggu saya rasa daripada hari pertama isu ini diperkatakan saya sudah memberi respons. Saya ambil pendekatan untuk berdiam diri dan fokus pada kerjaya.

"Bohong kalau saya cakap tidak ambil tahu tetapi saya tahu ada tindakan undang-undang dilakukan dan suspek juga sudah ditahan untuk siasatan tempoh hari.

Biarlah kami saja yang tahu lagipun kes ini masih lagi disiasat.

PABLO AMIRUL

PELAKON

"Bagi saya, kalau saya tidak buat apa-apa kenyataan maksudnya tiada perkara serius berlaku. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab itu," ujarnya.

Dalam masa sama, Pablo memberi peringatan kepada mana-mana pempengaruh dan rakan artis agar lebih berhati-hati terutamanya dalam era digital yang semakin mencabar ini.

"Semua yang berlaku ini boleh terjadi kepada sesiapa saja. Nasihat saya, dunia hiburan penuh dengan godaan. Boleh sesat.

"Isu-isu gangguan seksual ini perlu lebih berhati-hati, jangan terlalu ikut nafsu. Kalau bernafsu sangat tak boleh kawal, pergi bayar perkhidmatan itu (khidmat seks).

Pablo berharap pelaku kes amang seksual diberi hukuman sewajarnya.

Pablo berharap pelaku kes amang seksual diberi hukuman sewajarnya.

"Peringatan kepada pempengaruh atau mana-mana selebriti, berhati-hati lebih-lebih lagi dalam dunia digital sekarang ini. Makin mencabar," katanya.

Pada 10 Julai lalu, CEO Batu didakwa atas kesalahan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Bagaimanapun pempengaruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Norshila Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan selain dilarang menganggu mangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain