suria

Peserta program realiti didakwa hutang RM3,600, tipu transaksi

Peserta wanita tersebut sentiasa raih pujian peminat.

SEORANG peserta wanita yang sedang mengikuti sebuah program realiti nyanyian ketika ini didakwa  culas dalam membuat pembayaran terhadap pembekal vendor kiosk makanannya sejak awal tahun ini.

Enggan terus berdiam diri, pembekal dikenali Yus itu memberitahu penyanyi  berkenaan berhutang sebanyak RM3,600.

Individu berusia 41 tahun itu berkata, keadaan bertambah tegang apabila penyanyi berkenaan mula menyertai program tersebut. 

Yus berkongsi perbualannya bersama peserta berkenaan.

"Kami mula bekerjasama sejak dia menjalankan perniagaan di Putrajaya. Saya sebagai pembekal makanan dia sehinggalah dia membuka kiosk di Masjid Jamek, Pasar Seni dan KL Sentral.

"Saya sudah maklumkan tidak mampu melakukan penghantaran di sana tapi dia minta tolong dan saya ikutkan permintaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu anak-anak tanggung hutang pinjaman, Raja Azura biaya pengajian mereka guna duit sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki buang rasa malu, sanggup jual ubi keledek demi bayar hutang RM35 juta

"Awalnya dia ada buat pembayaran tapi kemudian mula culas sehingga saya susah nak teruskan perniagaan kerana saya bukan peniaga besar," katanya ketika dihubungi mStar.

Dakwanya lagi, penyanyi wanita itu mula mengabaikan mesej WhatsApp dan panggilannya bagi menuntut baki hutang yang belum dilunaskan.

Lebih parah lagi, penyanyi berkenaan turut memberikan transaksi palsu dengan membayar jumlah RM4,000 kepada dirinya.

"Sebelum dia masuk program itu memang saya sentiasa follow up sampaikan dia beri saya transaksi resit palsu bernilai RM4,000. 

Ini bukan hutang tetapi dia selewangkan duit saya.

YUS

MANGSA

"Awalnya saya cuba positif tapi bila duit tak masuk macam-macam alasan dia beri. Saya memang perlukan duit, mungkin dia tak terasa tapi saya ada sembilan anak yang sedang membesar.

"Selepas itu dia ada buat pembayaran sebanyak RM400 sebab dia kata wajib bayar hutang. Tapi ini bukan hutang tetapi dia selewangkan duit saya, dia tipu saya," katanya lagi.

Dalam pada itu Yus berkata, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk menuntut haknya selain turut menghubungi suami wanita berkenaan namun hampa apabila masih tiada pembayaran dibuat.

Dia juga ada meninggalkan komen di media sosial penyanyi itu tapi semuanya dipadam dan akaunnya disekat.

Mangsa dakwa terima transaksi palsu.

Jelas Yus, dia masih memberi peluang kepada penyanyi berkenaan untuk membuat pembayaran dan belum merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya cuma mahu dia bayar duit saya saja, bukan niat saya nak viralkan dia tapi dia sendiri juga tidak kisah sekiranya diviralkan.

"Saya ada tinggalkan komen di media sosialnya, bukan niat nak memburukkan tapi saya mendoakan kemenangannya supaya dia dapat membayar wang saya," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain