suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nubhan ceraikan isteri, dakwa lafaz talak Ogos lalu

Nubhan (kiri) didakwa sudah menceraikan isterinya.

PENYANYI Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Khamis.

Perkara itu dikongsikan sumber terdekat pasangan terbabit yang memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.

"Betul, Nubhan telah bercerai dengan isterinya selepas 10 tahun bernikah. 

"Esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah," kata sumber.

Difahamkan Nubhan melafazkan talak ketika dia dan isterinya berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain