suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Taiwan ditemukan mati dalam bilik hotel, polis siasat Namewee

Namewee disyaki terlibat dalam kes pembunuhan pempengaruh asal Taiwan.

SEORANG pempengaruh wanita asal Taiwan ditemukan meninggal dunia dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan lagi kes ini turut melibatkan pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, 42, yang dikatakan berada dalam bilik sama ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Namewee bakal ditahan dalam masa terdekat.

“Kes ini sebelum ini direkod sebagai Kematian Mengejut (SDR) melibatkan wanita warga asing.

"Namun kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Dengan perubahan klasifikasi kes daripada SDR kepada kes bunuh, Namewee dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.

Mangsa, Hsieh Yun Hsin, 31, dilaporkan ditemui terbaring dalam tab mandi pada jam 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN:Namewee ditahan di hotel, positif empat jenis dadah... Mengaku tak bersalah atas dua pertuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Namewee Pilih Kerja Sosial, Bukan Hukuman Penjara

Wanita itu baru tiba di Malaysia pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu dalam satu kes berbeza Namewee ditahan pihak berkuasa pada Oktober lalu kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain