suria

[V] Foto tular ‘comolot’ dengan pelakon wanita, Hazeeq Dean pilih jaga privasi... “Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan”

PELAKON Hazeeq Deen tampil membuka mulut berhubung dakwaan foto dipercayai mirip wajahnya bersama seorang pelakon wanita bercium di sebuah photobooth tular di media sosial sejak Ogos lalu. 

Hazeeq atau Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, berkata dia sama sekali tidak mengetahui tentang isu berkenaan dan enggan memberikan sebarang komen bagi menjaga privasi semua pihak.

"Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang viral ini. Sejak jadi pelakon ini memang saya lebih fokus pada lakonan drama, filem dan kebetulan bisnes saya semakin berkembang. 

Hazeeq memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni.

"Fokus saya hanya untuk kerja, jadi apa-apa yang viral ini saya tak ada benda nak komen kerana ingin menjaga privasi semua orang. 

"Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan dengan apa yang berlaku," katanya kepada mStar. 

Hazeeq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) yang diadakan di Pavilion Damansara Heights, Damansara pada malam Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Dayang Areeda jawab dakwaan foto bercium... “Benda dah berlaku, jadi biarlah”

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh dua pelakon popular kantoi, gambar ‘bercomolot’ jadi tontonan umum di pusat beli belah Kuala Lumpur

Dalam pada itu, Hazeeq memberitahu dia kini hanya memberi fokus terhadap perkara positif dan kerjaya dalam bidang seni. 

Tambahnya, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa sahaja perkara yang ingin diviralkan menerusi media sosial.

"Saya hanya mahu memberi fokus tentang perkara-perkara yang beri manfaat kepada diri sendiri. Contohnya mahu memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dalam bidang lakonan. 

Apa-apa yang viral ini saya tak ada benda nak komen untuk menjaga privasi semua orang. 

HAZEEQ DEEN

PELAKON

"Jadi apa-apa yang tular bukan hak saya untuk memberi komen. Bagi saya apa saja yang viral, tak kisahlah fasal drama atau apa saja, kita tiada hak untuk tutup mulut orang atau halang apa yang mereka mahu lakukan. 

"Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik saja," ujarnya. 

Dalam masa sama, Dayang turut ditanya mengenai status hubungan cintanya dengan pelakon wanita yang turut terpalit dengan isu tersebut, Hazeeq memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

"Soal menjalin hubungan cinta atau tidak itu adalah terlalu privasi. Satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua. 

"Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.

Sebelum ini nama Hazeeq dipetik berhubung foto tular di media sosial.

"Untuk siapa yang tahu saya sekarang dengan siapa (bercinta), kalau jumpa di luar mereka tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya. 

Sebelum ini, tular foto dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta didakwa melakukan aksi tidak senonoh ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah. 

Menerusi foto yang dikirimkan kepada mStar, gambar intim berserta aksi cium mulut selebriti itu dikatakan dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam apabila ia ditampal bersama gambar pelanggan lain. 

Sebelum ini nama pelakon Dayang Areeda antara yang disebut-sebut netizen. Bagaimanapun pelakon itu memberitahu dia tidak tahu mengenai foto tersebut dan berasa terkejut dengan apabila mengetahui berita itu daripada peminat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain