suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli persiakan peluang kedua, nekad bawa haluan sendiri… “Saya dan anak nak selamatkan diri” 

KETIKA berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Uqasha Sensore mendakwa dia sudah memberi peluang kepada suami iaitu aktor Kamal Adli memperbaiki hubungan mereka. 

Bagaimanapun Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen,33, berkata peluang tersebut seakan-akan dipersiakan sehingga dia membuat keputusan nekad bercerai. 

“Saya cuba sedaya upaya. Malah saya sudah berjumpa keluarga Kamal telebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami.

“Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa, adik beradik dan perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya,” katanya kepada mStar. 

Uqasha nekad untuk bercerai dengan Kamal. 

Uqasha ditemui selepas prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Tambah pelakon ini keputusan untuk berpisah kerana enggan lagi terbeban dengan masalah yang berlaku dalam rumah tangga. 

Malah dia juga sekali lagi memberi bayangan seolah-olah perkahwinan tersebut sudah lama tidak bahagia. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah 

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose nekad teruskan cerai, enggan komen soal rumah tangga

“Saya dan anak nak selamatkan diri daripada kemudaratan.  

“Setelah dipersiakan, saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah,” tegasnya. 

Dalam prosiding yang berlangsung, Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kedua-dua pihak. 

Uqasha tidak mahu dirinya dan anak lebih terus mudarat. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain