HADIR di hari ketiga perbicaraan kes cerai, pelakon Kamal Adli tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangga dengan aktres Uqasha Senrose.
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memberitahu dia masih tidak dapat berhubung dengan Uqasha sejak berlaku kemelut rumah tangga antara mereka.
“Kalau Uqasha ada pendirian dia, saya juga ada pendirian saya.
“Tak tahu nak komen apa. Ini kali pertama saya nak jumpa Uqasha selepas dua bulan. Komunikasi masih lagi melalui surat-menyurat dengan peguam,” katanya kepada pemberita.

Kamal masih tetap dengan pendiriannya.
Kamal tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lunpur pada Rabu kira-kira pukul 9.35 pagi.
Kamal ditemani peguam syarie, Abdul Hadi Mohammad Salleh serta beberapa rakan terdekat.
Sementara itu Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, yang tiba lima minit awal hanya memohon agar urusan mereka dipermudahkan.
“Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya sambil berjalan ketika tiba di mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose nekad teruskan cerai, enggan komen soal rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli tak simpan dendam, maafkan Uqasha Senrose dalam isu tarikh nikah
Uqasha ditemani peguam syarie Muhahmmad Syazmee serta ahli lain termasuk ibu, Rosmizah Mohd Noor dan adiknya iaitu aktres Nelydia Senrose.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


