SELEPAS tujuh tahun, novel fixi popular Gantung akhirnya diangkat ke layar perak tidak lama lagi.
Pengarah dan penerbitnya iaitu Nadia Khan berkata, filem berjudul ‘Gantung: Musketeer Code’ itu berjaya dihasilkan hasil sokongan padu peminat yang mahukan penamat novel berkenaan.
“Filem Gantung: Musketeer Code direalisasikan atas sokongan peminat-peminat novel Gantung yang
sangat menginginkan kisah dari novel pertama ditamatkan dengan sempurna.
Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan pada 5 Jun depan.
“Kami di Neddo Works ketika itu sebenarnya merasa sangat terharu kerana sebuah karya novel kontemporari seperti ini benar-benar mahu diangkat ke layar perak, seolah-olah ia mewakili suara anak-anak muda,” katanya.
Bukan mudah untuk menerbitkan filem berkenaan, jelas Nadia dia dan pihak produksi memulakan usaha mengumpul dana dengan membuat ‘crowdfunding’ pada Januari 2020.
Hasil daripada penjualan buku Musketeers, baju t-shirt dan cenderamata, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000.
Namun akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pembikinan filem itu terpaksa dihentikan buat seketika sebelum kembali menjalani penggambaran pada penghujung 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah tokoh silat Meor Abdul Rahman, pengarah ada sebab pilih Beto Kusyairy teraju ‘Gayong’
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali hasil filem animasi, ‘Soloz: Game of Life’ karya paling susah Syafiq Yusof
“Kami berjaya kumpul dana sebanyak RM200,000 hasil ‘crowdfunding’ menjual buku, baju dan cenderamata.
“Walaupun penggambaran terpaksa berehat disebabkan Covid-19, kami tetap berusaha untuk meneruskannya kerana kami anggap ini sebagai amanah dari peminat yang tetap setia menunggu walaupun tergendala untuk sekian lama.
“Akhirnya, setelah menempuh pelbagai dugaan, filem Gantung: Musketeer Code berjaya menjalani
proses penggambaran pada bulan Disember 2023 sehingga Januari 2024,” jelasnya.
Ikmal dan Ben sebagai teraju utama filem Gantung: Musketeer Code.
Gantung: Musketeer Code mengisahkan tentang empat orang sahabat baik dituduh menjadi punca kematian seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di auditorium sekolah.
Filem ini dibintangi pelakon seperti Ikmal Amry, Ben Amir, Hafreez Adam, Bront Palarae, Sofia Jane, Shazia Rozaini dan Brandon Salim (dari Indonesia).
Karya ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 5 Jun depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!