suria

Pasukan tuan rumah kalah... Peminat ceroboh padang, mengamuk mahu tumbuk pemain bola

Seorang penyokong menceroboh padang untuk menyerang pemain.

SEORANG penyokong bola sepak bertindak menceroboh padang dan cuba menyerang salah seorang pemain semasa perlawanan berlangsung.

Insiden di Sweden itu berlaku ketika pasukan IFK Goteborg tewas 1-0 di gelanggang sendiri menentang Osters IF. 

Pelaku dilihat masuk ke kawasan padang sebelym berlari dan mendekati salah seorang pemain.

Dia kemudiannya cuba menumbuk kepala pemain pertahanan sambil menarik bajunya.

Pemain itu sempat mengelak, menyebabkan penyokong itu rebah di atas rumput.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa dirogol selepas ikut pemain bola balik ke hotel

Ketika itu, beberapa pemain Osters yang lain terus bertindak untuk menghalang sebarang pergaduhan.

Akhirnya, seorang pengawal keselamatan muncul untuk menarik penyokong tersebut keluar dari padang. 

Perlawanan terpaksa dihentikan selama sejam susulan insiden itu, sebelum disambung semula.

Difahamkan, pelaku bertindak ganas kerana tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pemain pasukan kegemarannya. - Agensi.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia