suria

Tanggung malu kalah dengan Asean All Stars, bintang Man United Amad Diallo angkat jari tengah kepada peminat

Diallo menunjukkan isyarat lucah selepas Manchester United kalah pada Rabu.

BINTANG muda Manchester United, Amad Diallo 'koyak' selepas pasukannya mengalami kekalahan memalukan 0-1 kepada Asean All Stars, Rabu malam. 

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat secara jelas menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.

Perbuatan pemain berasal dari Ivory Coast itu menunjukkan isyarat jari tengah sambil berjalan dirakam penyokong dan tersebar di semua platform media sosial.

Tindakan berkenaan adalah reaksi spontan selepas peminat mengkritik persembahan buruk Manchester United sepanjang musim ini.

Situasi itu amat mengejutkan kerana Diallo digelar antara bakat muda berpotensi di Old Trafford dan tindakan tidak profesional dianggap cukup memalukan.

Musim 2024/2025 dianggap musim terburuk Manchester United apabila menamatkan kedudukan di tangga ke-15 daripada 20 pasukan.

Pada siri pascamusim di Kuala Lumpur, MU dimalukan pula pasukan yang dibarisi pemain Asia Tenggara di depan 84,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia