suria

Bercuti di Jepun... Individu menangis dalam ‘Shinkansen’, bertalu-talu dapat notifikasi transaksi kad kredit

Penggunaan kad kredit sangat sinonim terutamanya ketika bercuti di luar negara. -Gambar hiasan

BERCUTI di luar negara seharusnya menjadi masa untuk berehat serta menenangkan minda sambil menikmati keseronokan.  

Namun ada kalanya ujian hadir tanpa diduga, sebagaimana situasi dilalui individu ini apabila terdapat transaksi mencurigakan terhadap kad kreditnya.

Berkongsi pengalaman mencemaskan itu di laman X, individu yang menggunakan akaun @dilladontdodat berkata, transaksi mencurigakan tersebut berlaku beberapa kali dan melibatkan jumlah sekitar RM1,700.

"Kena masa dekat Tokyo. Menangis aku dalam Shinkansen (kereta api laju) tengok bertalu-talu unknown charge masuk.

"Dekat RM1,700 duit lesap tapi nasib baik pakai kad kredit,"  kongsinya.

Tangkap layar (screenshot) transaksi mencurigakan yang dikongsikan individu berkenaan. 

Bercerita lebih lanjut, individu tersebut berkata sebaik mengesan transaksi aneh itu, dia segera membuat panggilan kepada bank biarpun terpaksa 'berhabis' sekitar RM200 untuk menambah nilai (top-up).

"Dia (bank) charge banyak kali macam bertubi-tubi tapi amount dalam RM100 hingga RM200 sekali charge. Kalau nak charge lebih tak boleh sebab kena masukkan pin.

"Lepas report bank, bank tolong batalkan kad kredit tu dan dispute balik (menyekat caj) semua transaksi. Jadi aku dapat balik duit.

"Tengoklah berapa banyak aku kena 'rompak'. Kalau aku lambat call dan report bank, mungkin dah habis limit kad kredit aku dikerjakannya.

"Kalau korang terkena, laju-laju call bank. Jangan lengah ye," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Travel dengan agensi, satu famili 'selfish' enggan ikut itinerari tahu nak 'shopping' je! Siap hasut orang lain

Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian netizen, dengan rata-ratanya turut berkongsi langkah bagi mengelakkan kehilangan wang akibat transaksi mencurigakan terutamanya ketika bercuti di luar negara.

Dalam pada itu, seorang pelayar, @Mohdshukur turut berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai cara yang lebih selamat untuk berbelanja ketika melancong ke luar negara, supaya dijadikan panduan bersama.

"Menggunakan kad kredit adalah lebih selamat daripada kad debit (atau juga kad ATM bank anda yang mengandungi data perbankan anda).

"Kad kredit memberikan lebih perlindungan terhadap caj penipuan berbanding kad debit bank. Bank akan fight untuk anda jika fraud credit card sebab itu duit bank.

"Sebaliknya tidak akan fight untuk anda jika guna debit card bank sebab itu adalah duit anda," dia memberi pendapat.

Penggunaan Wise adalah antara kaedah yang selamat ketika berbelanja di luar negara. -Gambar hiasan

Bagaimanapun ujarnya, dia tidak menggunakan kad kredit mahupun debit di luar negara kerana caj yang tinggi.

"Apakah kad pilihan saya ketika berbelanja di luar negara? Bukan kad kredit, kad debit mahupun wang tunai. Tetapi International Debit Card Non-Bank.

"Contoh International Debit Card Non-Bank ialah BigPay dan Wise. Debit Card Non-Bank seperti BigPay dan Wise ni tidak mengandungi maklumat perbankan anda. So selamatlah duit kita dalam akaun bank.

"So far saya tak pernah 'terkena' bila guna Wise ni sebab sistem security yang ketat untuk di scam. Tapi sebagai standby, BigPay tu saya jadikan kad kecemasan, begitu juga kad kredit," kongsinya. 

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia