SETIAP pekerjaan mempunyai keseronokan dan cabarannya yang tersendiri.
Di Thread, seorang bekas petugas kebersihan hotel (housekeeping) berkongsi enam pesanan berdasarkan pengalaman kerjanya dalam industri itu.
Antara pesanan yang disampaikan adalah melibatkan kebersihan, sikap tetamu, serta aktiviti tidak bermoral yang dilakukan mereka.
1. Seks
Individu itu berpesan kepada tetamu hotel agar mengawal suara ketika melakukan aktiviti seksual.
Jelasnya, ada tetamu tidak tahu aktiviti seksual mereka boleh didengari oleh individu lain yang berada di luar bilik hotel.
Tambahnya lagi, kebanyakan bilik di hotel bukan lima bintang juga tidak kedap bunyi.
2. Durian
Dia turut memberi pesanan kepada tetamu agar tidak membawa masuk durian ke bilik hotel.
Bau durian juga menjadi cabaran besar kepada kakitangan pembersihan kerana ia sukar untuk dihilangkan.
Ada segelintir individu menjadikan hotel sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti tak bermoral. -Gambar hiasan
Walaupun dimakan di dalam bilik, dia berkata bau durian yang kuat boleh dihidu sehingga ke kawasan koridor hotel.
3. Sampah
Sebagai asas kebersihan, pengunjung hotel perlu cakna tentang sampah yang berada di sekitar mereka.
Menurut individu itu, ada tetamu yang meletakkan sampah di celah katil dan di dalam laci.
Lebih teruk, ada yang meninggalkan lampin pakai buang penuh dengan najis di dalam singki hotel.
4. Rokok
Individu itu turut memberi pesanan kepada tetamu hotel agar mematuhi larangan merokok di dalam bilik hotel.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut menginap di hotel sendirian? Cuba 7 tip keselamatan ini, boleh tidur lena tanpa risau
ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba nak pergi bercuti? Ini 6 cara dapatkan ‘rate’ hotel lebih murah walau tempah saat akhir
Ujarnya, terdapat kes kakitangan hotel dimaki oleh tetamu gara-gara bau rokok yang berpunca daripada tetamu terdahulu.
Malah katanya, sama seperti durian, bau rokok juga sukar untuk dihilangkan.
5. Maksiat
Dakwa individu itu, tetamu yang mendaftar masuk untuk aktiviti maksiat biasanya akan datang berasingan.
Biasanya si perempuan akan masuk dahulu, disusuli oleh pasangan lelakinya pula.
Menurut individu itu lagi, pekerja hotel sememangnya peka dengan taktik berkenaan, namun tidak mempunyai hak untuk melaporkan kegiatan mereka.
Pesannya, golongan seperti ini tidak perlu untuk menipu kerana segala kegiatan keji mereka sememangnya dapat dihidu pekerja hotel.
6. Tips
Budaya memberi tips bukanlah satu kebiasaan di Malaysia.
Jelasnya, pekerja hotel tidak kisah mengenai tips, sebaliknya sangat bersyukur jika menerima tetamu yang baik hati.