suria

Ambil iktibar kes pelawak ditahan di Jeddah... Ini barangan dilarang bawa ke Tanah Suci

Jemaah dinasihati berhati-hati agar tidak membawa barang yang dilarang ke Tanah Suci. -Gambar hiasan

KISAH pelawak terkenal, Yassin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yassin Senario yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi hujung tahun lalu menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Merungkai tanda tanya mengenai apa yang berlaku, Yassin menerusi satu video podcast pada Isnin memberitahu, dia dijatuhi hukuman enam bulan di pusat tahanan atas kesalahan membawa barangan bercetak lambang larangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati nak beli tiket kapal terbang, MAS dan AirAsia baru kemas kini format tulis nama penumpang

Dalam masa yang sama, dia menasihatkan agar jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci agar lebih berhati-hati susulan peraturan yang ketat di Arab Saudi, terutamanya berkaitan barangan yang boleh mengundang salah faham. 

Sebagai panduan bersama, berikut merupakan barang yang dilarang dibawa ke Tanah Suci sebagaimana perkongsian di CNN:

Membawa perkakasan elektrik sendiri dikhuatiri membahayakan keselamatan diri dan jemaah lain. -Gambar hiasan

1. Perkakas elektrik 

- Contohnya seperti periuk nasi, pemanas air, hot plate, dan sebagainya. Ini adalah kerana faktor keselamatan dan keadaan yang tidak sesuai serta boleh mendatangkan risiko yang tidak diingini. 

2. Wang tunai dalam jumlah besar

- Membawa wang tunai dalam jumlah besar sangat tidak digalakkan kerana berisiko tinggi untuk dicuri atau hilang. Jika jumlahnya melebihi RM25,000 atau nilai yang setara dalam mata wang asing, jemaah diwajibkan untuk mengisi borang deklarasi.

3. Dadah, senjata dan seumpamanya

- Barangan seperti dadah, senjata api, senjata tajam, serta alat-alat berbahaya yang lain adalah dilarang keras untuk dibawa. Selain melanggar undang-undang, barangan tersebut juga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta orang lain.

4. Azimat atau tangkal

- Dalam ajaran Islam, benda-benda seperti ini dikategorikan sebagai perbuatan syirik, yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai tauhid.

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia