suria

Syurga membeli-belah menanti! Premium Outlets Shopping Week tawar jualan penjimatan terbesar

Singgah di booth foto dan abadikan momen indah bersama yang tercinta.

GENTING Simon Sdn Bhd telah mengumumkan kembalinya Premium Outlets Shopping Week™, jualan penjimatan outlet terbesar tahun ini!

Berlangsung dari 30 Mei hingga 8 Jun 2025 hanya di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Acara tahunan yang berprestij ini diikonikkan sebagai pilihan utama bagi para pembeli yang menggemari jenama pereka terkenal, nilai yang tiada tandingan, serta suasana yang meriah dan penuh warna warni! Ia merupakan acara global yang merangkumi lebih 90 Premium Outlets® di seluruh dunia.

Para pembeli turut berpeluang menikmati ratusan tawaran eksklusif untuk masa terhad, serta pengalaman membeli-belah yang menakjubkan daripada jenama pereka terkemuka.

Belanja RM2,500 dan nikmati hadiah istimewa yang menanti anda!

Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM2,500, pembeli turut berpeluang menebus hadiah menarik melalui mesin gachapon yang disediakan khas sempena acara ini.

Bagi menambahkan lagi keseronokan, pengunjung yang merakam dan berkongsi momen #POSW mereka di media sosial akan menerima ganjaran berupa aiskrim percuma serta beg tote penuh gaya sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pin Harry, Premium Outlets Shopping Week™ menawarkan peluang terbaik untuk menghayati terapi membeli-belah sambil menikmati penjimatan yang signifikan.

Aiskrim percuma untuk pengunjung yang merakam dan berkongsi momen #POSW mereka semasa acara Premium Outlets Shopping Week ™.

“Apa yang menjadikan acara ini lebih bermakna adalah, ia bukan sekadar tentang penjimatan, tetapi turut menawarkan kejutan, keseronokan, serta pengalaman membeli-belah yang mencerminkan gaya hidup aspirasi masa kini,” ujarnya.

Bagi anda yang ingin memiliki koleksi terbaharu, meneroka pengalaman indah atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama yang tercinta, inilah masa yang terbaik untuk mengunjungi Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Untuk maklumat lanjut mengenai Premium Outlets Shopping Week™, sila layari premiumoutlets.com.my 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia