'KAKI travel' biasanya amat teliti dalam merancang itinerari percutian mereka, tak kira negara atau lokasi mana yang dilawati.
Merangka sendiri jadual perjalanan dan menetapkan lokasi yang mahu dikunjungi membolehkan seseorang bebas bergerak tanpa terikat dengan aturan, berbeza jika kita memilih bercuti secara berkumpulan di bawah agensi pelancongan.
Bagaimanapun, tak semua individu mahir atau ada banyak masa untuk mengkaji tentang lokasi yang ingin dikunjungi termasuklah dari segi pengangkutan, hotel, restoran halal dan sebagainya.
Bagi mereka yang nak bercuti dengan tenang, tak mahu pening kepala membuat perancangan, apa kata tempah sahaja pakej dengan ikhlas.com Travel.
Mesra Muslim
Pakej yang ditawarkan berbeza dengan agensi lain kerana pendekatannya lebih 'trendy', dirangka khas bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup 'kaki travel' Muslim moden.
Apa yang paling penting itinerari yang disediakan adalah mesra Muslim secara menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin (depan, tengah) pada majlis pelancaran eksklusif untuk wartawan, editor, pencipta kandungan dan penulis kembara, ikhlas.com Travel.
Anda akan dibawa menikmati sajian tempatan yang diperakui halal atau mesra Muslim, malah masjid serta hentian solat selesa juga sudah ditetapkan.
Antara destinasi yang boleh dilawati di bawah pakej mesra Muslim ini termasuklah Uzbekistan, Korea Selatan, Jepun dan Kazakhstan.
Pakar destinasi
Jangan gusar, tak mungkin anda akan terlepas atau ketinggalan melawat lokasi-lokasi viral dan 'wajib kunjung' kerana semua pakej direka khas dan diperhalusi oleh mereka yang mempunyai kepakaran berkaitan destinasi tersebut.
Pemandu pelancong pula fasih berbahasa tempatan, tahu lokasi istimewa dengan pengalaman unik — dari kafe viral dan pasar barangan terpakai sehinggalah hentian halal yang dipilih khas, lazimnya tak dimasukkan dalam itinerari biasa.
Pendek kata, tawaran ini bakal mengubah cara 'kaki travel' meneroka dunia dengan nilai terbaik dari segi keselesaan, kemudahan dan ketenangan sebagai umat Islam.
Mudah, jimat
Bagi pakej berkumpulan, ia dihadkan dalam kumpulan kecil demi keselesaan dan pengalaman lebih peribadi.
Perhatian khusus akan diberikan kepada warga emas dan keluarga yang membawa anak kecil.
Nak buat tempahan juga mudah, boleh dilakukan secara online tanpa perlu hadir ke pejabat.
Hotel Royal Samarkand di Uzbekistan antara penginapan selesa yang disediakan oleh ikhlas.com Travel.
Sebelum berlepas, anda akan diberi taklimat pra-perjalanan digital lengkap termasuk senarai semak barang untuk dibawa, tempat menarik mesra Muslim, panduan solat, ringkasan itinerari dan cadangan navigasi bandar sewaktu aktiviti bebas.
Sempena pelancaran semula ikhlas.com Travel, harga bagi pakej-pakej mesra bajet diturunkan termasuk 'Beli 1, Percuma 1' bagi percutian peribadi dalam rantau Asia Tenggara atau diskaun RM1,000 untuk tempahan dua orang ke destinasi luar Asia Tenggara.
Anda juga boleh menikmati diskaun sehingga RM2,000 untuk tempahan berkumpulan seramai 4 orang ke destinasi popular seperti Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan!
Jadi 'duta', kongsi video kreatif
Jika anda kreatif dan suka membuat kandungan media sosial terutama mengenai kembara, percutian atau pelancongan jangan sia-siakan bakat dan usaha.
Hasilkan video dengan cara paling kreatif dengan tema 'Travel Gaya Ikhlas' dan kongsi di media sosial.
Antara kelebihan yang diperolehi termasuklah elaun bulanan, peluang melancong dan banyak lagi.
Maklumat lanjut KLIK SINI.