FESTIVAL seram Nights of Fright kini kembali dengan himpunan rumah hantu yang pastinya lebih mendebarkan jantung anda.
Bagi edisi kali ini iaitu Nights of Fright 11 (NOF11), Sunway Lagoon tampil lebih gah dengan tarikan yang bukan sahaja lebih menakutkan, malah berskala lebih besar berbanding tahun sebelumnya.
Bermula 26 September hingga 2 November 2025, setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Puppetmaker akan menguasai pentas utama dalam festival seram paling ikonik di Malaysia.
Dengan tema baharu yang merangkumi Malaysia, serantau, Hollywood dan antarabangsa, ia disampaikan melalui jalan cerita berasaskan watak, set imersif serta persekitaran yang menguji imaginasi, sekali gus menjanjikan pengalaman jeritan yang belum pernah dilihat di Malaysia mahupun rantau ini.
Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Taman Tema Sunway, Michelle Soong, Nights of Fright kini sudah melangkaui konsep festival seram semata-mata.
“Nights of Fright kini lebih daripada sekadar festival Halloween. Ia menjadi pentas pertemuan budaya seram Malaysia dan antarabangsa, mewujudkan pengalaman yang unik dan sukar dilupakan.
Michelle Soong (kiri) dan Lynton V Harris teruja memperkenalkan tarikan baharu sempena Nights of Fright 11.
“Apa yang membanggakan kami ialah festival ini bukan sahaja memberikan hiburan, malah memacu pelancongan, membuka peluang untuk bakat tempatan serta mengukuhkan kedudukan Sunway City Kuala Lumpur sebagai destinasi terkemuka di Asia," ujarnya.
Sementara itu, Pengasas, Pengarah Kreatif Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Sudden Impact! Entertainment, Lynton V Harris turut berkongsi keterujaannya melihat perkembangan Nights of Fright yang kini berada pada skala luar biasa.
“Sejak mula lagi, Nights of Fright direka untuk lebih daripada sekadar kejutan mengejut. Ia tentang penceritaan, suasana dan dunia di mana kisah rakyat serta imaginasi bertembung
Nights of Fright 11 menjanjikan pengalaman yang lebih seram dan menakutkan.
“Sebelas tahun kemudian, kami tampil dengan tarikan berhantu paling banyak di Asia Tenggara. Ia menakjubkan untuk melihat bagaimana visi ini berkembang menjadi festival yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi menjadi penanda aras hiburan seram di rantau ini," ujarnya.
Melangkah ke dunia Puppetmaker!
Tahun ini, Puppetmaker menjemput pengunjung meneroka fantasi menyeramkan dengan tarikan-tarikan yang pasti bakal mencabar adrenalin anda.
8 Rumah Hantu: Karak The Kampong Killers, Tiki Terror, The Puppetmaker, The Blind Box, Fortunes and Freaks, Horrorwood Studios (baharu), Legends of Horror dan The Freezer 2: High Voltage!
1 Teater Hantu – Scary Tales Theater menampilkan bintang Malaysia, Nadia Brian sebagai PontianAxe.
3 Zon Seram – Hantu Hell, Pontianak X Pocong dan Horrorwood Boulevard: Slashers & Dolls.
11 Thrill Rides dan 3 Persembahan Pentas Langsung
Kesemua tarikan yang dipersembahkan sempena edisi penganjuran Nights of Fright kali ini.
Tarikan-tarikan baharu
Festival Nights of Fright tahun ini turut menjalinkan kolaborasi unik bersama ‘partner pop-up’:
Libresse: Escape of Hantu Kum Kum – Pengalaman ‘escape room’ imersif.
Poh Kong: Villain Hitting – Ritual budaya penuh mistik yang diberi sentuhan seram khas untuk festival ini.
Pop Mart – Peluang merakam foto seram, kerjasama pertama jenama ini dengan taman tema.
Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai keterujaan di Nights of Fright 11, tiket kini boleh didapati melalui Sunway Super App (SSA), OTA dan laman web rasmi Sunway Lagoon.
Harga tiket yang ditawarkan untuk Nights of Fright 11 adalah seperti berikut:
RM128 – Satu tiket masuk + baucar popcorn perisa misteri
RM226 – Satu tiket masuk + express pass + baucar popcorn perisa misteri
Untuk maklumat lanjut, layari NOF11 di sini.