suria

Penyeluk saku profesional pun ada dekat Jepun! Wanita dedah 2 lokasi tumpuan sindiket, beg paling ‘kebal’ pun bocor

Jepun terkenal dengan kemajuan teknologi dan keindahan demografi.

JEPUN merupakan antara negara pilihan rakyat Malaysia yang ingin menghabiskan cuti tahunan mereka.

Malah, Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) pernah merekodkan jumlah ketibaan pelancong dari Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 21.9 peratus berbanding tahun sebelumnya

Berdasarkan peratusan yang dikongsikan, sebanyak 506,800 rakyat Malaysia direkodkan telah melawat negara matahari terbit itu.

Selain kecantikan demografi dan kemajuan teknologi, sikap dan kebudayaan masyarakat menjadi faktor utama tarikan pelancongan.

Malah, sikap rakyatnya yang jujur membuatkan ada individu yang berani mengembara seorang diri ke sana.

Ramai yang mahu menyaksikan keindahan bunga sakura di Jepun.

Ramai yang mahu menyaksikan keindahan bunga sakura di Jepun.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pelayar Threads dikenali sebagai Mafarikha mendedahkan bahawa negara empat musim itu tidak lagi selamat untuk pelancong.

Meskipun mengejutkan ramai netizen, namun katanya pelaku kegiatan menyeluk saku bukanlah dalam kalangan rakyat Jepun sebaliknya warga asing.

"Jepun bukanlah lagi negara aman daripada pick pockets sejak dia mula menerima pelancong yang ramai.

"Terutama sekali di Osaka, dua kawasan sekitar Dotonbori dan Universal Studios Japan. 

"Pelakunya bukan rakyat Jepun, jadi berhati-hatilah kerana mereka sangat profesional," ujarnya berkongsi maklumat.

Lebih membimbangkan apabila golongan sindiket tersebut boleh membocorkan beg mangsa meskipun mempunyai 'tahap keselamatan yang tinggi' mahupun sentiasa berada di hadapan mata.

Artikel Lain