suria

Pemburu tiket murah usah tergoda, pemuda beri amaran jika anda mahu ke Labuan Bajo

Labuan Bajo merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Indonesia. -Gambar hiasan

DIKELILINGI laut biru jernih dan gugusan pulau dengan panorana memukau, Labuan Bajo di Indonesia kini melonjak sebagai destinasi percutian pilihan ramai.

Namun, seorang individu di aplikasi Threads memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mudah tergoda dengan tawaran tiket penerbangan murah ke destinasi itu.

"Kenapalah orang tergoda sangat harga tiket murah ke Labuan Baji untuk bulan Januari dan Februari?

"Anda tahu ke tak, masa tu musim hujan dan ribut kat sana? Kapal pun tak berlayar. Bulan Disember dah mula musim hujan.

"Rasanya dah ramai kongsi tip. Elak Labuan Bajo pada Januari dan Februari," tulis Muhammad Haidar pada Selasa.

Dalam hantaran sama, dia turut menasihati orang ramai agar tidak keliru antara Labuan di Malaysia dan Labuan Bajo ketika membuat pembelian tiket.

A general crowd situation inside the Kuala Lumpur International Airport, KLIA. Story on the airport tax increase will hurt tourism. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang ramai perlu membuat sedikit kajian sebelum membeli tiket penerbangan ke destinasi tertentu. -Gambar hiasan

"Lagi satu, kod penerbangan Labuan Bajo adalah LBJ. Masa cari tiket kapal terbang, pastikan taip penuh Labuan Bajo atau LBJ.

"Kalau tak, besar kemungkinan untuk korang tengok tu penerbangan ke Labuan di Sabah, Malaysia sebenarnya," pesannya lagi.

Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi netizen.

"Murah sebab waktu tu orang tak pergi sangat. Kalau pergi pun nanti, jalan dalam pekan kecil tu je.

"Saya di LBJ sekarang, hari tu pesawat dua kali tak boleh mendarat. Bergoncang gila, tapi mendarat jugalah. Rasa macam taubat nak datang sini.

"Tak sesuai nak melancong dengan keadaan cuaca sekarang," tulis beberapa netizen.

Kebiasannya, ramai pelancong memilih untuk merasai pengalaman bermalam di atas bot atau kapal ketika berada di Labuan Bajo.

Namun, aktiviti ini mungkin tidak sesuai ketika cuaca buruk atau musim hujan.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia