suria

Apam, hidangan lain bau hanyir telur selepas dimasak? Cuba ikut petua mudah dan ringkas ini

Bau hanyir pada apam dapat dihilangkan jika ketulan lendir pada telur kuning dibuang terlebih dahulu

MEMANG potong selera kalau makanan berbau hanyir telur ketika hendak suap ke mulut.

Kebiasaannya juadah pencuci mulut yang dimasak secara kukus atau panggang seperti apam mudah berbau hanyir jika tidak dikendalikan dengan betul.

Ada yang beranggapan penggunaan esen vanila dapat menghilangkan bau hanyir, namun kadang kala ia tidak membantu.

Menerusi hantaran di TikTok, Surie Suriz berkongsi cara mudah untuk menghilangkan bau hanyir telur pada kuih.

Menurutnya, setiap telur mempunyai lendir tebal atau 'tali pusat'.

Bagi mengelakkan kuih muih yang dimasak berbau hanyir, lendir tebal itu perlulah dibuang terlebih dahulu.

"Mula-mula basuh telur dahulu dan kemudian buanglah tali pusat supaya apam yang dimasak tidak berbau hanyir.

"Tali pusat ni ada di tepi telur kuning... guna kulit telur untuk ambil supaya mudah dibuang," katanya.

Artikel Lain