suria

Masak ikut resipi tapi rasa kuah gulai masih hambar? Cuba ikut 6 tip ini, mesti lebih ‘surrr’ sampai ketagih

Gulai merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

GULAI atau kari merupakan hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kari kepala ikan.

Selain dijadikan juadah utama dalam majlis kenduri dan perayaan, gulai juga sedap dinikmati dalam kehidupan seharian.

Bagi anda yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan gulai, bolehlah mencuba tip daripada Ailana Adaluna ini.

Bukan sahaja lebih menyelerakan, mereka yang makan akan mengalami 'ketagihan'.

1. Guna bawang merah rose yang kecil dan hiris nipis. Bawang yang terkenal dalam masakan masyarakat India ini dikatakan kunci pada kesedapan kuah kari.

2. Masukkan yoghurt jika anda ingin rasa kuah kari seperti dijual di kedai mamak.

3. Jika ingin lebih sedap, tambahkan kunyit dan serbuk cili pada bancuhan kari.

4. Tumis rempah sehingga tiga kali pecah minyak, boleh juga gunakan campuran minyak sapi dalam minyak tumisan.

5. Bagi memberikan rasa yang lebih sedap, jangan potong tomato dan cili.

Tomato yang tidak dipotong akan memberi rasa umami manakala cili yang dipotong akan menyebabkan rasa kari 'terbantut' kerana maung cili.

6. Jika ingin rasa gulai Melayu asli, anda boleh meletakkan kerisik bagi masakan yang menggunakan haiwan darat.

Artikel Lain