suria

Gorenglah banyak mana sekali pun... Ikan tak melekat di kuali, 'cantik' hasilnya jika guna teknik ini

Ikan kekal cantik dan tidak melekat walau digoreng dalam kuantiti banyak.

MEMASAK dalam kuantiti banyak adakalanya menguji kesabaran.

Bagi yang tidak biasa menyediakan hidangan dalam skala besar, makanan yang terhasil mungkin tidak sempurna dari segi rasanya.

Tekstur pula kadang kala menjadi kurang cantik khususnya masakan melibatkan bahan laut seperti ikan.

Bagi anda yang masih tercari-cari rahsia menggoreng ikan dalam kuantiti banyak, bolehlah ikut tip yang dikongsikan Cef Rizal Kitchen di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba banyak tip akhirnya jumpa rahsia rangupkan ikan bilis... Rebus dulu baru goreng, tahan hingga 4 bulan

Menurutnya, kaedah yang dikongsikan itu bukan sahaja memudahkan peniaga untuk menggoreng dalam kuantiti banyak malah hasil kekal cantik dan tidak melekat.

Bahan-bahan:

1. 10 ekor ikan siakap

2. 1 biji telur 

3. 3 sudu besar tepung jagung

4. Minyak masak

Ikan perlu disaluti dengan tepung dan telur terlebih dahulu.

Ikan perlu disaluti dengan tepung dan telur terlebih dahulu.

Cara penyediaannya

1. Kelar ikan sehingga ke tulang beberapa bahagian mengikut saiznya.

2. Jika mahu goreng 10 ekor ikan bersaiz sederhana, pecahkan sebiji telur ayam dan gaul bersama hingga sekata.

3. Masukkan tiga sudu besar tepung jagung, lumur hingga ikan diselaputi sepenuhnya.

4. Pastikan kuantiti minyak banyak dan betul-betul panas sebelum menggoreng, api juga perlu besar.

5. Masukkan ikan seekor demi seekor ke dalam kuali.

6. Tunggu sehingga lima hingga enam minit dan siap diangkat, ikan juga tidak perlu dibalikkan kerana minyak banyak.

Tip: Tepung jagung digunakan bagi mengelakkan ikan melekat apabila digoreng dalam kuantiti banyak dan tekstur yang lebih garing.

Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.

Artikel Lain