DI Pahang, khususnya di Pekan ada satu hidangan tradisi yang sering menjadi sebutan setiap kali kenduri atau majlis keluarga diadakan.Selain sambal hitam, sup kicap dianggap antara lauk wajib yang paling dinanti kerana kuahnya yang pekat, berempah dan kaya rasa apabila digandingkan dengan roti atau nasi. Dalam satu hantaran di Masak Apa Hari Ini di Facebook, seorang wanita, Echot Aisyah Meor Zahid ada berkongsi resipi hidangan signatur warga Pekan tersebut.Bahan A1. Rempah tumis 4 sekawan2. Dua sudu kecil jintan manis3. Satu sudu kecil ketumbarBahan B1. Lima ulas bawang putih2. Satu labu bawang besar3. Dua inci haliaKisar semua bahan iniSediakan juga dua senduk kecil cili kisarSup kicap daging sedap jika dimakan bersama nasi putih. -Foto FacebookBahan C1. Daging atau tulang2. Bawang besar (potong empat)3. Ubi kentang4. Lada kecil (untuk rasa lebih pedas)5. Kicap masin secukupnya (ikut warna dan rasa)6. Gula melakaCara memasak1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masak hingga garing serta pecah minyak.2. Masukkan air dan biarkan mendidih dahulu. 3. Setelah mendidih, masukkan bahan C iaitu daging atau tulang supaya darah pada daging terus 'mati' (hilang hanyir atau berhenti mengalir). 4. Masukkan kicap dan gula melaka kemudian masak hingga daging atau tulang empuk.5. Apabila daging empuk, masukkan kentang. 6. Bawang besar dimasukkan apabila hampir tutup api. 7. Perasakan kuah supaya seimbang seperti masin, sedikit pedas dan ada rasa manis.8. Sebelum dihidang, taburkan bawang goreng (goreng bawang sendiri lebih sedap), daun sup dan daun bawang. 9. Perahkan sedikit limau nipis.