SEGELINTIR pelanggan restoran makanan segera sering bengang tidak diberikan bahagian potongan ayam yang diminta walaupun sudah menyatakannya dengan jelas ketika membuat pesanan.
Contohnya, ada yang mahukan ‘drumstick’ namun kecewa apabila menerima bahagian dada ayam sebaik pesanan disiapkan.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan sehingga ada pekerja yang menjadi sasaran kemarahan.
Di Threads, seorang bekas pekerja restoran makanan segera meraih perhatian ramai selepas dia tampil memberikan penjelasan berhubung isu itu.
"Order ayam set sembilan ketul tapi semua nak paha atau thigh. Mari sini aku terangkan sebagai ex fast food worker.
"Ayam kami terima satu beg ada sembilan ketul. Dua paha, dua thigh, dua kepak, dua ribs dan satu dada.

Ayam goreng menjadi kegemaran ramai. -Gambar hiasan AI
"Kalau kau semua nak paha, berapa beg kami kena buka untuk kau seorang? Takkan nak buka beg lain untuk paha je?
"Kalau minta tiga paha tu masih negotiable, kalau nak sembilan paha, awak (pelanggan) bermasalah," jelasnya.
Di ruangan komen, beberapa pekerja restoran makanan segera lain turut mengakui berdepan situasi sama.
Namun di sebalik penjelasan itu, segelintir netizen tetap mempertahankan hak mereka yang membayar makanan tersebut.
"Sebagai pengguna, duit aku beli apa yang aku mahu, bukan peniaga tentukan. Kau jual ikut permintaan.
"Pihak pengurusan korang pun tak halang. Siap letak dalam iklan yang (pelanggan) boleh tukar bahagian ayam dimahukan.
"Dia bayar kot. Dia berhak pilih bahagian kegemaran dia. Kau ingat dia datang makan dekat rumah terbuka ke?
"Sebab dia bayar la dia berhak dapat apa yang dia nak," tulis beberapa netizen.


