suria

Nama jadi sebutan gara-gara filem ‘Blood Brothers’, Andy Teh terkejut ramai puji kacak

PEMBABITAN dalam filem Blood Brothers ternyata membawa tuah buat pelakon Andy Teh apabila namanya kini semakin dikenali ramai. 

Selain bakat lakonannya yang mula dihargai, Andy yang membawa watak sebagai Pablo turut menerima usikan nakal dan pujian tentang paras rupanya. 

“Secara jujurnya, saya terkejut apabila ramai yang memuji saya hensem dalam filem tersebut di media sosial. Bagi pujian hensem itu, saya sepatutnya berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana melahirkan saya dan juga Tuhan yang mencipta. 

“Apa-apapun, terima kasih buat semua yang sudah memberikan sokongan kepada saya. Tanpa sokongan kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi