suria

Dah tiba masa sesuai, Sufian Suhaimi rancang kahwin tahun ini... Persiapkan diri sebelum jadi suami

PENYANYI Sufian Suhaimi memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

Menurut Sufian, 32, dia kini dalam proses belajar menjadi seorang suami dan bersyukur pasangan serta keluarga menyambut baik hasratnya itu.

“Perancangan memang tahun ni kalau boleh sebab tak nak bercinta lama-lama, waktu cantik sekarang ni sebab usia pun sudah meningkat... Alhamdulilah bila berbincang soal ni kedua-dua pihak sambut baik.

“Kami mempunyai visi dan misi yang sama dalam hubungan dan harap masih sempat untuk buat persiapan dan mungkin bulan Disember nanti majlisnya.

“Masih ada masa untuk siapkan segala persiapan dan harap tahun ini sebab sekarang ini semuanya mudah tak macam dulu, kalau sulit sikit mungkin urusan dengan pejabat agama,” kata Sufian kepada mStar.

Pada Januari lalu, Sufian mengesahkan kembali bergelar kekasih kepada wanita bernama Rania selepas hubungan mereka putus pada 2023. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi