KURANG muncul dalam mana-mana filem atau drama, pelakon Datuk Adi Putra memberitahu dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan.
Berkongsi perkara itu, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 45, berkata tumpuannya kini lebih kepada menguruskan syarikat agensi pakej umrah miliknya dan perkara itu membuatkan dia tidak selalu berada di Malaysia.
“Sebelum ini saya pernah berkongsi yang pernah menguruskan syarikat pakej umrah daripada tahun 2013 dan agak lama sebenarnya.
“Secara azali memang sifat saya agak selektif untuk memilih sebarang drama atau filem jadi kesibukan saya lebih kepada kendalikan syarikat ini di Malaysia atau di Arab Saudi," katanya.
Dalam pada itu, Adi memberitahu salah satu punca dirinya jatuh sakit penghujung tahun lalu mungkin disebabkan kepenatan terlampau kerana menguruskan syarikat di sana.
“Mungkin juga salah satu faktornya sebab kepenantan berulang alik di Arab Saudi jadi ada penukaran cuaca menyebabkan nampak saya kurang sihat dalam drama Sekam Di Dada tapi syukur berjaya mengawal kesakitan tu,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI