TIDAK lagi mahu berselindung punca pertunangannya bersama pelakon Muntazar Ghufran putus, aktres Saidah Kamarudin mengakui isu kewangan merupakan faktor utama perkara tersebut berlaku.
Malah lebih membuatkan Saidah, 29, mahu memutuskan ikatan tersebut adalah disebabkan Muntazar hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
“Ya betul, kami putus tunang adalah sebab Muntazar tidak ada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini.
“Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak (Muntazar) cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja.
“Awak tidak patut kahwin, awak perlu cari kerja ataupun sambung belajar,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI