suria

Bukan senang bergelar pelakon ‘stunt’... Tulang bahu Trisha Ooi pernah terkeluar

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini membawa pembaca mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon berbakat besar, Trisha Ooi, yang berkongsi pelbagai kisah di sebalik tabir ketika awal kemunculannya sebagai aktres aksi lagak ngeri.

Menurut Trisha, atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh demi mengejar impian tersebut, termasuklah mengalami bahu terkeluar, terseliuh dan pelbagai kecederaan lain.

Namun begitu, Trisha menganggap semua pengalaman itu sebagai satu cabaran yang menguatkan semangatnya untuk terus maju dan mencapai kejayaan pada masa depan.

“Sewaktu berusia 20 tahun, saya sangat bergelut untuk diterima dalam industri sebagai pelakon aksi lagak ngeri. Ketika itu, saya merupakan orang kedua di Malaysia yang melakukan perkara itu.

“Memang banyak cabaran yang saya hadapi, antaranya bahu terkeluar, terseliuh dan sebagainya. Tetapi saya bersyukur dengan perkara ini dan saya akan terus mengejar impian saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi