CITA-CITA pelakon Aidil Aziz sebelum ini yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional tidak kesampaian apabila dikatakan tidak mendapat restu daripada ibu bapa.
Aidil, 38, bagaimanapun tidak menyalahkan keluarganya memandangkan ketika itu ramai yang beranggapan kerjaya sebagai pemain bola sepak tidak mempunyai masa depan yang cerah.
“Saya tidak salahkan ibu bapa saya apabila saya tidak dapat bermain bola. Sebabnya dulu bola ini bukanlah satu kerjaya yang baik.
“Dia bukan macam sekarang ini yang mana ibu bapa sokong anak-anak mereka main bola. Sekarang kalau kita tengok banyak keuntungan apabila menjadi pemain bola,” katanya kepada mStar.
Aidil memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengumuman dirinya dan isteri, Fasha Sandha sebagai pemilik bersama kedai Kopi Saigon di MyTown, Cheras.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI