suria

Bezza dah ‘perfect’! Fendy Mojo fokus modified Wira pula

PERSONALITI media sosial Fendy Mojo memberitahu banyak perkara yang dipelajari selepas berdepan pengalaman dikecam netizen pada awal tahun ini.

Berkongsi perkara itu, Fendy,31, berkata dia tidak mahu menoleh belakang sebaliknya mahu kekal positif tanpa memikirkan kecaman berkenaan.

“Kecaman itu normal sebab kalau tak mahu kena kecam baik duduk rumah tak perlu hasilkan video, perkara ini saya ambil sudut positif tambahan pula ada isteri yang selalu sokong.

“Alhamdulilah semuanya berjalan lancar, mungkin mereka yang kecam itu belum kenal saya... Kalau saya fokus sangat apa yang orang kecam nanti khuatir saya akan makan ‘pasir’… Sekarang saya usaha perbaiki diri dan  serta tak perlu fikir sangat.

“Selain isteri, keluarga yang sentiasa mendoakan, kawan pun ada juga yang berikan sokongan tapi saya tak tahu siapa yang cakap belakang cuma mana kawan yang ada bila susah tu saya tahu siapa,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi