USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mengakui individu yang membeli barang lelong rumahnya iaitu Norzamri Abdullah adalah kenalannya.
Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, tujuannya untuk membeli semula semua barangan itu adalah kerana mahu menyelamatkan aset yang mempunyai nilai sentimental tinggi baginya.
“Ya, itu pihak ketiga (kenalan saya), individu itu selalu dengan saya. Jadi orang tersebut adalah pihak mewakili saya.
“Walau apapun saya perlu selamatkan aset yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Dan untuk setiap perabot itu, ada nilai sentimentalnya.
“Setakat ini memang saya pilih untuk pertahankan barangan itu. Penat saya kerja susah payah cari duit buat live,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































