suria

“Saya boleh je buat keras” - Ramli MS ‘rosak’ sebab Nabil, mengaku tegur peserta dewasa lebih sukar

PENGARAH muzik Datuk Ramli MS mengakui proses menegur dan membimbing peserta nyanyian dewasa bukanlah tugas mudah berbanding sewaktu mengendalikan peserta kanak-kanak.

Jelas Ramli atau Tok Ram, 66, kanak-kanak lebih terbuka menerima nasihat dan cepat memahami tunjuk ajar kerana jiwa mereka masih lembut serta mudah dibentuk.

“Lain sebenarnya sebab bila peserta berumur ni, lagi susah untuk ditegur kerana kurang dengar apa yang kita cakap, minggu depan mungkin berulang lagi buat perkara sama.

“Budak-budak cepat faham apa yang kita sampaikan, mereka (peserta kanak-kanak) masih muda dan otak mereka mudah untuk diberikan pengisian.

“Macam peserta The Choosen One tu minggu pertama saya tegur secara tegas dan teruk tapi tak sangka akhirnya masuk final maknanya dia ambil kisah teguran itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi