suria

Yassin Senario aktif sertai geng motosikal berkuasa tinggi, sanggup turun Johor ziarah adik OKU

PELAWAK Yassin Senario memberitahu dia kini giat aktif melakukan kerja sukarelawan membantu orang susah bersama kumpulan motorsikal berkuasa tinggi.

Kata Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahaya, 46, selain dapat mengeratkan silaturahim bersama ahli motorsikal lain, secara tidak langsung dia juga dapat berbakti kepada masyarakat.

“Sebenarnya apa yang kami buat ni tidak dirancang dan semuanya saat akhir untuk realisasikan impian adik Lala yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) tak boleh bercakap dan teringin sangat nak tengok motor berkuasa tinggi.

“Saya bersama tiga kumpulan motorsikal berkuasa tinggi datang ke Felda Bukit Easter, Johor… beri sumbangan tu memang ada dan biasa buat pun, cuma kali ini kami nak tengok reaksi kegembiraan adik Lala.

“Sebanyak 100 buah motorsikal turun pada hari kejadian, saya mula aktif bersama kumpulan ini selepas pulang dari Makkah dan rancang untuk adakan misi bantuan lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi