PELAKON Datuk Remy Ishak berkongsi salah satu amalan yang dilakukan bagi mengelakkan dirinya dibebani aura negatif iaitu dengan mandi garam.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata petua tersebut sangat membantu menenangkan dirinya terutama ketika berdepan tekanan atau ketidakselesaan emosi.
“Kitakan orang yang dikenali, jadi ion negatif itu memang mudah melekat. Jadi, kalau dah rasa tidak sedap badan, stress, emosi tak menentu dan segalanya, saya akan mandi garam. Itulah amalan yang saya buat.
“Saya akan mandi garam kalau saya rasa tak selesa. Maksudnya kalau selalu tak selesa, selalulah saya akan mandi. Selepas mandi itu saya memang akan rasa lebih tenang,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Remy merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama slot akasia Sumpah Ibuku yang mula bersiaran pada 19 November.
Selain Remy, turut membintangi drama tersebut adalah Izara Aishah, Zara Zya, Syazwan Zulfikly, Lizza Abdullah dan ramai lagi.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































