PELAWAK Shuib mengakui isterinya Watie Hanifiah kini sedang hamil lima bulan.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, berkata dia sengaja merahsiakan perkara ini daripada umum kerana memilih waktu yang tepat untuk berkongsi berita gembira itu.
"Alhamdulillah, seperti mana yang orang nampak dan berteka-teki sekarang ini isteri saya memang sudah hamil lima bulan.
"Masa mula-mula dia hamil yang pertama sebelum ini, kami tahu waktu berada di Madinah, semasa itu saya rasa sangat sayu sebab teringatkan arwah Siti Sarah yang kali terakhir hamil tu.
"Jadi, bila Watie hamil kali ini, perasaan itu datang semula, macam dejavu, sebenarnya rasa sayu dan takut sedikit, tapi kali kedua ini memang kami rancang untuk ada anak lagi,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, isterinya iaitu Watie Hanifiah memberitahu perasaan trauma masih ada pada dirinya lantas membuatkan lebih berhati-hati untuk menjaga kandungannya kali ini.
“Sangat menjaga-jaga kandungan kali ini sampaikan makan ais krim pun ingatkan pendarahan rupa-rupanya bukan, itulah trauma sampai sekarang,”ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































