suria

Agy terbuka terima teguran, minta netizen jangan bersikap kasar

SERING menjadi perhatian netizen dan menerima kritikan mengenai penampilannya, personaliti media sosial Agy mengakui dia terbuka menerima teguran, namun berpendapat cara penyampaian kadangkala terlalu kasar.

Menurut Agy atau Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, banyak perkara yang berlaku sebelum ini sudah ditinggalkan dan dia kini hanya mahu melakukan yang terbaik tanpa perlu menjelaskan kepada orang ramai.

“Sejujurnya saya terima dengan baik setiap teguran netizen, cuma cara penyampaiannya kadang-kadang terlalu kasar.

“Orang kata kalau tak kasar, tak jalan. Bagi saya itu tidak betul kerana bila tegur secara lembut, hati seseorang lebih mudah terbuka.

“Banyak perkara sudah saya tinggalkan, tak perlu saya sebut apa. Saya cuba buat yang terbaik dan biarlah Allah sahaja yang tahu niat saya,” katanya kepada mStar.

Agy berkata, dia memilih untuk tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar yang diterima dan menganggapnya sebagai satu proses pembelajaran.

“Saya baca saja ayat-ayat kasar daripada mereka (netizen), tapi saya tak simpan dalam hati.

“Kadang-kadang saya fikir mungkin mereka ada tekanan hidup, jadi saya maafkan sahaja,” ujarnya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi