suria

Netizen kecam Imam Masjid Nabawi berkhutbah dalam bahasa Arab... Rupanya masih ramai tak tahu pandangan ulama

Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 8 Julai lalu.

KEHADIRAN Imam Masjid Nabawi di Madinah, Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair yang menyampaikan khutbah Jumaat di Malaysia dalam bahasa Arab pada 8 Ogos lalu menimbulkan pelbagai reaksi.

Ada yang teruja merasai suasana seakan-akan di Tanah Suci, namun ramai juga mempersoalkan penggunaan bahasa Arab kerana tidak semua jemaah memahami isi khutbah.

Bagaimanapun menurut Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle, ramai umat Islam tidak tahu tentang pandangan yang menyatakan khutbah Jumaat perlu disampaikan dalam bahasa Arab.

"Pandangan pertama, khutbah disampaikan dalam bahasa Arab, walaupun pendengar bukan dalam kalangan orang Arab atau yang faham bahasa Arab.

"Pandangan kedua pula, wajib rukun-rukun berkaitan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Arab. Ini pandangan ulamak Syafieyah.

 ‭"Pandangan ketiga pula, sunat menyampaikan khutbah dalam bahasa Arab. Ia tidak sampai kepada wajib. Namun, disampaikan dalam bahasa yang difahami oleh pendengar," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Komen netizen yang mengecam khutbah Jumaat yang disampaikan dalam bahasa Arab.

Beliau berkata kritikan terhadap khutbah bahasa Arab sepatutnya diimbangi dengan kesedaran bahawa doa yang dibaca ustaz selepas solat yang sering diaminkan jemaah juga kebanyakannya dalam bahasa Arab, walaupun ramai tidak memahami maknanya.

"Orang lain gembira dapat dengar khutbah vibe seperti di Mekah dan Madinah, ada pula yang tidak senang.

"Ayuh kita pelajari bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab adalah wajib menurut Imam Syafie, Ibn Taimiyah dan lain-lain.

"Maksud wajib di sini adalah dengan kadar kita mampu menunaikan kefarduan dalam agama. Bukankah wajib belajar hingga alim seperti Sibawaih," katanya.

Artikel Lain

Keanu Reeves dah kahwin!