suria

Individu musykil doktor lelaki bedah siasat jenazah perempuan, rupanya dalam Islam ada urutan keutamaan pengendalian mayat

Bedah siasat dilakukan bagi mendapatkan keadilan kepada mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG warga maya mempertikaikan hukum apabila seorang doktor melakukan melakukan prosedur terhadap jenazah berlainan jantina.

Seorang pengguna Thread sempat mengambil tangkap layar persoalan tersebut sebelum ia dipadam, yang mana individu itu mahu mengetahui hukum di sebalik proses bedah siasat ke atas mayat wanita yang dilakukan doktor lelaki.

"Si mati perempuan. Dibedah siasat oleh doktor lelaki. Hukum apa aurat si mati dilihat oleh doktor lelaki," tulisnya.

Berdasarkan garis panduan bedah siasat mayat menurut perspektif Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), setiap prosedur bedah siasat hendaklah dilakukan dengan penuh adab dan mematuhi hukum syarak, khususnya dalam menjaga aurat mayat.

"Petugas tidak dibenarkan melihat atau mendedahkan aurat mayat secara sengaja, kecuali pada kadar yang benar-benar diperlukan.

"Diriwayatkan dari Saidina Ali, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)," katanya.

Bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian seseorang. -Gambar hiasanBedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

Urutan keutamaan

Garis panduan turut menekankan bahawa pengendalian mayat sebaik-baiknya dilakukan oleh petugas daripada jantina yang sama. 

Keutamaan ini selaras dengan keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami di Brunei Darussalam pada 21 hingga 27 Jun 1993, yang menetapkan urutan keutamaan bagi merawat atau mengendalikan wanita seperti berikut:

- Doktor perempuan Muslim pakar

- Doktor perempuan bukan Muslim pakar

- Doktor lelaki Muslim pakar

- Doktor lelaki bukan Muslim pakar

Islam membenarkan rawatan rentas jantina hanya dalam keadaan darurat dengan syarat:

- Tidak berdua-duaan antara doktor dan pesakit

- Menahan pandangan daripada perkara yang tidak perlu

- Sentuhan hanya pada bahagian yang berkaitan

- Mengutamakan doktor pakar mengikut jantina pesakit

Jakim menegaskan bahawa prinsip menjaga aurat mayat bukan sahaja menghormati maruah si mati, malah mencerminkan kepatuhan kepada tuntutan syarak walaupun dalam urusan forensik.

 

Artikel Lain

Keanu Reeves dah kahwin!