suria

Bayi maut kereta bapa rempuh lembu dibiar berkeliaran, mufti ulas kepentingan ‘elak kebinasaan’

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan sekumpulan lembu yang meragut nyawa seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, minggu lalu.

BERITA tragis mengenai kemalangan yang meragut nyawa bayi perempuan berusia 11 bulan gara-gara kereta dipandu bapanya merempuh sekumpulan lembu di Bera, Pahang, minggu lalu, mengundang sebak warga maya.

Mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik akibat kecederaan parah di kepala. 

Difahamkan kemalangan berlaku ketika mangsa bersama kedua ibu bapanya dalam perjalanan untuk membeli susu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pun ada idah? Peguam syarie kongsi 3 situasi si duda perlu ‘menunggu’ sebelum kahwin lain

Tragedi tersebut mengundang perdebatan ramai mengenai keselamatan jalan raya, tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan dan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.

Memandangkan sudah banyak kali berlaku kemalangan maut membabitkan haiwan peliharaan yang berkeliaran, perkara ini turut diulas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  

The Gopeng toll plaza for the North South Highway is less than a kilometerfrom Desa Lawan Kuda via this road. pix by foong pek yee.Lembu yang dibiarkan berkeliaran di jalan raya boleh mengundang risiko kemalangan. -Gambar hiasan

"Berita telah melaporkan bahawa telah banyak tragedi yang menimpa pengguna jalan raya disebabkan oleh ternakan yang berkeliaran.

"Kita dapat melihat bahawa ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya adalah antara penyebab berlakunya kemalangan yang mengakibatkan hilangnya nyawa insan dan akal serta merosakkan pada harta benda. 

"Penjagaan terhadap setiap aspek yang dinyatakan di atas adalah termasuk dalam maqasid syariah yang utama, sebagaimana firman Allah yang bermaksud 'Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.' (Surah al-Baqarah: 195) 

"Terdapat kaedah lain yang menyebut, maksudnya, 'menolak kerosakan itu lebih utama berbanding mendatangkan maslahah'" menurutnya.

Story on cow crossing at PLUS. 5km before seremban exisPapan tanda 'haiwan melintas' bertujuan memberikan amaran kepada pengguna jalan raya. -Gambar hiasan

Justeru melihat kepada permasalahan tersebut, ia merumuskan tiga solusi yang boleh diaplikasikan bagi mengatasi kejadian seumpamanya berlaku pada masa akan datang, iaitu: 

1. Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menyediakan sebuah ladang rumput bagi ternakan yang berkeliaran. Pihak berkuasa juga boleh mengamalkan sistem pawah terhadap ternakan yang dilepaskan di ladang tersebut.

2. PBT boleh menangkap seterusnya berunding dengan pemilik haiwan untuk menyegerakan proses sembelihan terhadap binatang tersebut sekiranya pemilik tidak lagi mahu menjaga ternakan.

3. PBT boleh menangkap dan mengenakan kompaun terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran. Notis atau pemberitahuan awal sebaiknya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tangkapan haiwan-haiwan tersebut dilakukan.

"Atas dasar maslahah, PBT boleh mengambil tindakan seperti merampas dan mengenakan denda atau saman terhadap pemilik ternakan tersebut. 

"Hal ini adalah dibolehkan di atas dasar menjaga maslahah kepada rakyat secara umumnya seperti mencegah daripada berlakunya kehilangan nyawa, akal dan harta," menurutnya.

Artikel Lain