suria

Isteri datang bulan, tapi suami tetap tuntut layanan batin... Sanggup guna kondom!

Islam memberi garis panduan yang jelas tentang hubungan intim antara suami isteri. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN intim merupakan salah satu elemen penting yang menjadi kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Namun bagi lelaki beragama Islam, terdapat waktu-waktu tertentu yang melarang mereka bersetubuh dengan isteri, antaranya ketika haid.

Bagaimana pula jika suami mahu melakukan persetubuhan dengan menggunakan kondom ketika isteri sedang datang bulan?

Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami berhubung isu itu.

Permasalahan ini juga telah dinyatakan di dalam al-Quran, berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat".

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.

Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. [al-Baqarah]

Rumah tangga pasti lebih bahagia jika pasangan saling memahami keperluan masing-masing. -Gambar hiasan AI

Menurut Ibn ‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri.

Di dalam masalah ini Imam al-Syafie menyebutkan:

Maksudnya: Barang siapa yang melakukan (persetubuhan ketika haid), sesungguhnya melakukan dosa besar. [Lihat al-Majmu’]

Berdasarkan nas al-quran dan hadis serta kenyataan yang disebutkan oleh Imam al-Syafie, perbuatan bersetubuh walaupun menggunakan kondom adalah dilarang. 

Malah, larangan tersebut membawa hukum haram.

Larangan persetubuhan ketika haid bukan sahaja untuk menjaga kaum lelaki tetapi Islam juga mengambil berat tentang kaum wanita.

Pengharaman ini mempunyai hikmah yang sangat besar, antaranya ialah, ia boleh mengakibatkan penyakit kepada suami dan juga isteri.

Namun, wujud kelonggaran di dalam mazhab al-Syafie berkenaan hukum beristimta’ (melakukan aktiviti yang berunsur seksual) dengan isteri ketika haid. 

Secara asalnya, jumhur ulama mengharamkan istimta’ di antara pusat hingga ke lutut tanpa berlapik. 

Sekiranya beristimta’ secara berlapik, maka diharuskan menurut pandangan mazhab al-syafie dan mazhab Hanafi. [Lihat Mausuah Al-Fiqhiyah]

Kesimpulan

Persetubuhan ketika haid adalah haram walaupun memakai kondom berdasarkan penghujahan di atas.

Artikel Lain