suria

Nak bawa anak kecil ke masjid tapi risau ganggu jemaah lain, ibu bapa boleh ikut panduan ini

Ibu bapa perlu didik anak-anak supaya tidak menganggu jemaah lain di masjid. -Gambar hiasan

ANTARA ibadah istimewa yang hanya dapat dilakukan pada bulan Ramadan adalah solat tarawih.

Jadi tidak hairanlah rata-rata umat Islam tidak mahu melepaskan peluang menunaikan solat sunat ini di masjid atau surau setiap hari.

Malah ada ibu bapa yang membawa sekali anak-anak mereka bagi memperkenal dan mendidik mereka lebih awal tentang ajaran Islam.

Namun, apa yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah apabila keberadaan anak-anak di masjid dikhuatiri mengganggu tumpuan jemaah lain sehingga membuatkan mereka kurang selesa.

Menurut portal Hello Doktor, ibu bapa usah risau sebaliknya ikuti sahaja panduan membawa anak menunaikan ibadah tarawih di masjid ini:

Ibu bapa perlu memilih kedudukan saf yang sesuai apabial mereka membawa anak kecil.

1. Ajar anak mengenai adab di masjid

Didik mereka mengenai adab dan tertib ketika berada di rumah Allah, misalnya tidak boleh membuat bising dan menghormati jemaan lain.

2. Sediakan aktiviti ringkas

Buat anak-anak yang masih kecil, ibu bapa boleh berikan mereka buku untuk dibaca atau mainan kecil agar mereka dapat duduk dengan tenang tanpa mengganggu orang lain beribadah.

3. Pastikan anak kenyang dan cukup rehat

Keadaan anak yang lapar dan keletihan hanya membuatkan mereka tidak selesa dan meragam.

Oleh itu, pastikan mereka sudah makan dan diberi rehat mencukupi sebelum ke masjid.

4. Duduk di tempat sesuai untuk kanak-kanak

Kebiasaannya, ibu bapa memilih bahagian hujung saf atau berdekatan pintu masuk untuk memudahkan membawa mereka keluar sekiranya sukar dikawal.

5. Beri ganjaran dan pujian

Hadiahkan mereka dengan apa sahaja imbuhan atau kata-kata pujian setiap kali habis solat tarawih bagi meningkatkan motivasi mereka.

Artikel Lain