suria

Dalam masa seminggu je semut dan lipas lenyap terus dari rumah! Petua campuran ubat gigi memang berkesan

Semut yang melata pada dinding rumah pasti merunsingkan sesiapa sahaja.

CUKUP menyakitkan pandangan apabila melihat semut melata di dinding-dinding rumah dan meja makan.

Cucian kerap pun seolah-olah tidak berhasil kerana semut muncul semula selepas permukaan kering.

Bagi anda yang sering diganggu serangga perosak ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan menerusi halaman Facebook Viral Oh Viral.

Paling menarik apabila ia juga dapat menghalau lipas dari rumah anda.

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula

4 sudu besar tepung gandum

3 sudu besar ubat gigi

3 sudu besar air

Kaedah penggunaanya:

1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati sehingga menjadi adunan yang halus.

2. Kemudian bentukkan menjadi bola-bola kecil supaya dapat mengumpan lipas dan semut.

3.Letakkan bola-bola campuran ini di kawasan strategik di rumah anda yang sering didatangi semut dan lipas seperti dapur, stor makanan, dan belakang peralatan dapur.

Tip: Ulangi proses ini dua hingga tiga kali seminggu sehingga anda tidak lagi melihat kehadiran semut dan lipas.

Artikel Lain