HATI siapa yang tidak hancur berkecai apabila mengetahui pasangan yang dikasihi sepenuh hati, rupa-rupanya bermain kayu tiga di belakang.
Namun seperit mana dugaan yang perlu ditelan, hidup harus diteruskan lebih-lebih lagi apabila memikirkan zuriat yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ubat, tak ada penawar... Wanita tabah lalui ujian fasa kehamilan! Tengok cermin, macam lihat individu lain
Ketika kepala sedang berserabut, sudah semestinya sukar untuk membuat keputusan yang waras.
Seorang peguam syarie, Nurul Izzah Zainol berkongsi nasihat mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh golongan isteri yang dicurangi suami:
1. Elakkan menyerang
Sebaik-baiknya elakkan untuk menyerang terutama ketika emosi sedang klimaks agar tidak hilang akal.
Ini kerana jika hilang akal dan terus confront, dibimbangi kita akan melakukan tindakan yang membodohkan diri.
Contohnya body assault boleh sebabkan si isteri dikenakan criminal charge.
Curang bukan sekadar melibatkan perbuatan fizikal, tetapi juga emosi yang mengkhianati kepercayaan pasangan. -Gambar hiasan
2. Kemas barang dan tenangkan fikiran
Boleh dipertimbangkan untuk mengambil cuti bagi merehatkan sebentar minda dan emosi. Luahkan masalah kepada individu rapat untuk meringankan kesedihan.
3. Buat temu janji dengan peguam
Dapatkan nasihat perundangan, terutamanya hak yang sepatutnya dituntut seperti nafkah, mutaah, harta sepencarian dan sebagainya.
4. Ketepikan urusan saman pihak ketiga
Perkara ini memerlukan pembuktian. Lupakan seketika hasrat ini memandangkan suami dan pihak ketiga sedang angau bercinta.
Di pihak isteri, uruskan dengan peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.
5. Bertemu dengan mentua
Selepas selesai urusan dengan peguam, aturkan pertemuan empat mata dengan mentua dan suami.
Dedahkan mengenai apa yang berlaku dan tegaskan pendirian serta keputusan yang diambil.
6. Usah libatkan anak-anak
Emosi anak-anak perlu dijaga dan mereka tidak sewajarnya dilibatkan dalam isu membabitkan ibu dan bapa mereka.