suria

Kisah seram di alam nyata terbawa sampai dalam tidur bukan sebab ada ‘benda’ ikut, ini punca sebenar!

Aktiviti sebelum tidur boleh mempengaruhi kualiti tidur seseorang. -Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai perkongsian kisah seram yang mengaitkan penampakan makhluk, kelibat dan sebagainya.

Salah satu kisah yang kecoh menjadi bualan adalah pengalaman seorang guru yang dikatakan diganggu pocong di rumah sewanya, sehingga menyebabkan individu berkenaan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Guru tular ‘serumah’ dengan pocong dikhabarkan meninggal dunia - “Dia sakit awak… tak tidur, tak makan berhari-hari”

Susulan kisah-kisah seram yang dikongsi, ramai dalam kalangan netizen mengakui mereka turut terkesan sehingga mengalami kesukaran untuk tidur, rasa takut melampau, bahkan mengalami gangguan mimpi ngeri. 

Sebenarnya, ada penjelasan sains di sebalik apa yang berlaku… yang pastinya ia bukan disebabkan ada 'benda' yang ikut.

Memetik perkongsian laman Public Health Malaysia, otak manusia akan memproses memori terakhir sebelum tidur, termasuk emosi yang kuat seperti rasa takut.

"Bahagian otak yang urus emosi takut (amygdala) akan kekal 'terjaga' bila kita cemas menyebabkan otak ciptakan mimpi menakutkan untuk 'luahkan' apa yang tertahan.

"Selain itu, tidur lewat, tak cukup rehat atau tidur dalam keadaan perut penuh akan buat mimpi jadi lebih dramatik… dan ya, termasuk mimpi dikejar pocong," tulisnya.

Justeru, berikut merupakan beberapa cadangan dan saranan yang boleh dilakukan sebelum tidur: 

1. Kurangkan bacaan seram sebelum tidur

2. Tenangkan fikiran dengan zikir atau muzik yang menenangkan

3. Tidur dalam suasana yang selesa dan gelap

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain