RAMAI menganggap mebuang air kecil atau kencing hanyalah rutin harian biasa yang boleh dipandang ringan.
Hakikatnya, cara kita kencing memberi kesan besar kepada kesihatan dalaman terutama sistem perkumuhan.
Jika dilakukan secara salah dan berterusan, ia boleh menyebabkan masalah seperti jangkitan saluran kencing, buasir dan pundi kencing lemah.
Tanpa disedari, ramai daripada kita mungkin mengamalkan tabiat yang kurang tepat setiap kali ke tandas.
Jadi, ini antara perkara penting yang boleh diperiksa semula dalam rutin anda menurut Public Health Malaysia (PHM):
1. Jangan tahan kencing terlalu lama
Apabila kerap tahan, pundi kencing boleh terlatih untuk 'simpan' air terlalu lama kerana ini bahaya.
2. Jangan meneran
Biarkan aliran keluar sendiri kerana meneran boleh menekan otot lantai pelvis dan bawa risiko prolaps atau buasir.
3. Duduk atau berdiri dengan selesa
Ini posisi yang betul bantu pundi kosongkan diri sepenuhnya.
4. Tenangkan diri dan jangan tergesa-gesa
Kencing bukan perlumbaan. Tarik nafas, beri ruang untuk pundi bekerja secara semula jadi.
5. Pastikan pundi betul-betul kosong
Jika terasa masih ada baki, tunggu seketika dan cuba semula. Ini penting untuk elak jangkitan.
6. Lap dari depan ke belakang (bagi wanita)
Ini asas tapi ramai lupa. Tujuannya untuk elak bakteria dari dubur masuk ke saluran kencing.
Menurut PHM, rutin ini tidak perlu diubah secara mendadak.
Namun, tabiat kecil yang sihat hari ini boleh lindungi organ dalaman anda bertahun lamanya.