suria

Rahang bayi menyusu badan dikatakan lebih kuat, bentuk muka berbeza dengan anak minum susu botol sejak lahir

Cara menyusu memberi kesan pada bahagian rahang, wajah dan pipi bayi. -Gambar hiasan AI

PENYUSUAN ibu atau 'breastfeeding' bukan sekadar mengenyangkan bayi.

Sebaliknya ia turut memainkan peranan besar dalam pembentukan struktur wajah dan rahang si manja.

Menurut perkongsian Musfirah Norazli, bayi menyusu secara terus dari payudara sebenarnya sedang 'melatih' lebih 40 otot muka mereka dalam satu masa.

Antara otot yang terlibat termasuk:

a. Rahang yang aktif bergerak

b. Lidah yang 'menari' ikut irama hisapan

c. Bibir dan pipi yang sentiasa bekerja keras

Semua ini membantu dalam membentuk wajah yang lebih seimbang, menguatkan struktur rahang dan membuka saluran pernafasan dengan lebih baik.

Bahagian pipi kedua-dua bayi berbeza mengikut cara penyusuan. -Gambar hiasan AI

Tapi bagaimana pula jika bayi diberi susu botol sejak awal?

Musfirah menjelaskan, apabila otot muka kurang digunakan, rahang bayi boleh menjadi sempit, lidah jadi 'malas' bergerak serta struktur wajah dan pertumbuhan gigi juga boleh terkesan.

Ini memberi kesan kepada pembentukan lemak di bahagian pipi bayi yang biasanya kelihatan 'gebu'.

Namun begitu, wanita ini menegaskan bahawa apa yang berlaku kepada bayi ini bukanlah salah ibu kerana mereka ada pilihan dan cabaran masing-masing.

Terdapat tiga cara untuk bantu anak merangsang otot muka sekiranya penyusuan tidak diberikan secara terus.

1. Guna cawan, sudu atau teknik spoon-feeding (suap guna sudu) untuk bayi baru lahir

2. Bagi teether untuk melatih otot rahang

3. Pertimbangkan fisioterapi oromotor jika ada keperluan

Artikel Lain