suria

Perut kenyang lepas makan berat, mata pun 'auto' layu... Ini apa berlaku dalam badan anda

Ramai yang mengantuk sejurus makan makanan berat. -Gambar hiasan AI

RASA mengantuk yang melampau selepas menikmati hidangan berat seperti nasi lemak, nasi kandar atau makanan bersantan serta berlemak sering dianggap perkara biasa. 

Namun, fenomena ini sebenarnya mempunyai penjelasan dari sudut sains yang menarik untuk difahami.

Ramai mengalami 'gejala' badan menjadi lesu dan keinginan untuk tidur semakin kuat sebaik sahaja selesai menjamah makanan berat. 

Keadaan ini bukan hanya berpunca daripada perut yang terlalu kenyang, tetapi melibatkan beberapa reaksi fisiologi dan hormon dalam badan.

Berikut antara faktor yang menyebabkan rasa mengantuk, terutamanya apabila mengambil makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat.

1. Lemak tepu dan penghadaman perlahan

Menu seperti nasi lemak, rendang, ayam goreng, sambal dan kuah kari biasanya tinggi kandungan lemak tepu. 

Apabila kita makan makanan tersebut, badan akan fokus untuk proses penghadaman dan memerlukan banyak tenaga. 

Jadi, lebih banyak darah akan dialirkan ke bahagian perut dan kurang ke otak menyebabkan rasa mengantuk pun datang 'menyerang'.

Makanan berat tinggi karbohidrat boleh menyebabkan rasa mengantuk. -Gambar hiasan AI

2. Serotonin dan melatonin ‘aktif’ selepas makan berat

Makanan berat juga boleh merangsang penghasilan hormon serotonin dan melatonin.

Kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan rasa tenang dan tidur. 

Ini menyebabkan anda rasa ‘relaks’ luar biasa selepas makan, sampai boleh terlelap kalau baring.

3. Sistem saraf parasimpatetik mula ambil alih

Selepas makan, sistem saraf parasimpatetik akan aktif secara semula jadi. 

Sistem ini beri isyarat kepada badan supaya fokus pada proses penghadaman dan menyebabkan badan rasa lemah dan mata jadi layu.

Terdapat empat langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan rasa mengantuk ini:

1. Kawal kuantiti makanan

2. Kurangkan kuah banjir dan lemak tepu

3. Tambah sayur dan serat dalam pinggan

4. Elakkan makan berat sebelum memandu jauh atau ada tugasan penting

Artikel Lain