suria

Teliti dulu 4 kod pada label sebelum beli minyak masak... Setiap jenis berbeza fungsi, kualiti

Setiap peket atau botol minyak masak ditandai dengan kod tertentu. -Foto media sosial

MINYAK masak adalah bahan asas dalam dapur di setiap rumah. 

Namun, ramai yang kurang mengambil tahu tentang jenis dan kualiti minyak masak yang digunakan setiap hari. 

ARTIKEL BERKAITAN: Daftar saja eCOSS untuk urusan beli minyak masak peket bersubsidi lebih lancar

Sebenarnya, pemilihan minyak masak yang tepat bukan sahaja mempengaruhi rasa dan tekstur masakan, malah memberi impak besar kepada kesihatan kita. 

Dengan pelbagai jenis minyak masak yang ada di pasaran, penting untuk kita memahami kod yang tertera pada paket minyak dan fungsi sebenar setiap jenis minyak tersebut.

Kod minyak masak dan fungsinya:

CP6 - Minyak lebih sihat, ada kandungan vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dan makanan lagi sedap. Sesuai untuk dressing salad dan makanan suhu rendah.

CP7 - Kandungan asid lemak lebih tinggi, cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak. Sesuai digunakan untuk memasak dan menggoreng.

CP8 - Minyak cepat berbuih dan jadi hitam. Tidak boleh digunakan berulang kali.

CP10 - Minyak paket gred rendah dan senang berkeladak.

Minyak masak tidak sewajarnya digunakan berulang kali apabila sudah menunjukkan perubahan warna. -Gambar hiasan

Setiap individu mungkin mempunyai cara masak masing-masing, namun sebaik-baiknya dinasihatkan untuk: 

- Jangan guna minyak berulang kali.

- Jangan guna minyak sama bila minyak bertukar warna.

- Jangan guna minyak apabila asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan.

- Buang minyak apabila menjadi likat.

- Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang penggunaan minyak yang sama. Sebaiknya guna hanya sekali sahaja kerana darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak minyak tersebut, sekali gus bahaya pada tubuh.

Artikel Lain